Tuesday 6 December 2011

Jauhi Sifat Iri Hati Dan Dengki

Assalamualaikum

SALAH satu sifat terkeji ialah perasaan iri hati dan dengki. Dengki ertinya perasaan tidak senang terhadap orang yang mendapat nikmat dan sebaliknya merasa senang melihat orang kehilangan nikmat itu.
Orang yang mengharapkan hilangnya nikmat pada orang lain, adalah orang yang terkena penyakit yang bahaya yang dikhuatirkan akan menimpa masyarakat sehingga masyarakat tidak mampu bekerja dengan baik dan tenang. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
“Dan tidak berkumpul di dalam hati seorang hamba rasa iman dan iri hati.” (Riwayat al-Baihaqi).
Dan dalam hadis yang lain baginda bersabda yangtafsirnya:
“Hindarilah oleh kamu daripada hasad (dengki) kerana hasad itu memakan segala amal kebajikan bagaikan api memakan kayu.” (Riwayat Abu Daud).
Adapun orang yang membenci orang-orang yang mendapat nikmat dan mengharapkan terhalangnya nikmat itu kepada mereka, di waktu pagi atau petang adalah orang itu telah disesatkan oleh pelbagai macam kegelapan sehingga dia tidak mengetahui hakikat hidup sebenarnya kerana hatinya telah dipenuhi dan dirasuk oleh perasaan hasad.
Gambar Dari Google



Allah subhanahu wataala telah berfirman di dalam al-Quran yang tafsirnya:
“Hai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah: Dengan kurnia Allah dan limpah rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (Surah Yunus : 57 – 58).
Sebagai orang yang mengaku dirinya beragama Islam dan beriman kepada Allah, kita harus mengetahui dan mengakui hakikat bahawa nikmat itu adalah anugerah Allah. Jika kita ingin berhasil dan berjaya seperti orang lain yang berhasil dan berjaya, hendaknyalah kita berpindah pandangan kepada Allah subhanahu wataala, meminta kurnia dan rahmat dari-Nya, kerana gudang-gudang nikmat dan rahmat-Nya bukan untuk dimonopoli oleh seorang hamba sahaja tetapi adalah untuk semua makhluk-Nya. Seterusnya kita harus memulai setiap usaha dengan doa dan usaha yang padu. Nabi Sulaiman alaihissalam telah meminta kurnia dan rahmat Allah subhanahu wataala dengan berdoa seperti yang terdapat di dalam al-Quran yang tafsirnya:
“Ya Tuhanku! Ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi.” (Surah Shaad : 35).
Kita sebagai kaum muslimin hendaklah selalu berdoa agar kita dan keturunan kita memperoleh ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup mencari anugerah Allah dengan melalui usaha dan ikhtiar yang merupakan perkara yang wajar, bukan dengan sikap iri hati dan dengki. Sedangkan cita-cita seseorang yang ingin sama orang lain; memiliki kenikmatan seperti yang dimiliki orang lain adalah wajar. Dalam hal ini Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah menunjukkan sesuatu yang patut ditempuh dengan cara berlumba-lumba mencari dan mendapatkan kurnia Allah sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:
“Tidak boleh iri hati kecuali dalam dua perkara: 1. Seorang yang diberi oleh Allah subhanahu wataala nikmat harta kekayaan lalu dipergunakannya untuk mempertahankan hak (kebenaran). 2. Seorang yang diberi oleh Allah nikmat ilmu hikmat lalu dipergunakannya dan diajarkannya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).
Kredit Kepada VirtualFriends.Net

10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ezie has left a new comment on your post "Jauhi Sifat Iri Hati Dan Dengki":

      - Kenapa LiNz..ada apa2 mslh ke dgn komen i dlm blog a.d.a.m tu? u mcm tak suka je..
      agaknya u yg ada 'hubungan' dgn dia tk?
      - i cuma beri komen ikut pndgn i, dari apa yg i rasa. so,tk perlu lah u trlalu emosional memikirkannya ye...

      Delete
  2. hahaha... u jgn la terasa.. i x terasa pon.. if i terasa..i just ignore je..i'm just like other followers juga .. so dont be offended lah ekk

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ezie has left a new comment on your post "Jauhi Sifat Iri Hati Dan Dengki":

      - tentu u knl dgn bloger tu personaly. pasti byk yg u tau ttg dia.
      mmg dia suka yang chubby la..sbb tu dia reject i. i know almost everything about him.

      Delete
  4. FYI cik Ezie,

    I'm not interested to know abt other people's business n personal life other than my life...

    Thnks for the info..

    ReplyDelete
  5. Dalam erti kata lain - Mind ur own business laa... hehehhe

    ReplyDelete
  6. - mgkin dsebabkan kita dia delete blognya tu. sampai mcm tu sekali...

    ReplyDelete
  7. hmm... bagus la dia delete blog tu sbb dh terlalu peribadi sgt komen2 yg diberi... tapi dia msih bleh active dgn blog dia yg lain ...

    hopefully this time xda la org yang cuba nk jatuhkan maruah dia or sindir2 dia.. what personal..just keep it personal ..

    Yg pasti dia tutup blog tu not becoz of me... That is for sure ...

    ReplyDelete
  8. And not becoz u r not chubby dia reject u.. ada sbb lain and i rasa u pon tau why he is avoiding u.. tapi whatever prob u ada with him, settle baik2 la.. jgn babitkan org lain.. not nice kan..

    ReplyDelete